Blogger Backgrounds

Pages

Wednesday, 14 December 2011

BAwa GurlFren PerGi Kuliah

ehem2...salam..rs nyer dh lama CH x update blog ni..hehehe...kali ni nk kongsi 1 video yg amat menarik utk kite tonton...rs seronok n nk gelak je tgk video ni dr penceramah yg x asing lagi iaitu Ustaz Azhar Idrus..selamat menonton...byk yg kite blh amik dr video ni..renung2kan dan selamat beramal...ngeee~~ =)

klik kat link bawah ni ye....
http://www.youtube.com/watch?v=GjBTMqXcE4s&feature=related

Monday, 14 November 2011

KasiH SaYaNG

Pada suatu hari di sekolah
seorang murid bertanya pada gurunya
ketika itu guru tersebut sedang
mengajar mengenai kasih sayang

pelajar: "cikgu, mcm mana kita nak pilih
seseorang yg terbaik sebagai
orang yg paling kita sayang?
mcm mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

cikgu: "ok, kamu ikut apa yg saya suruh
kamu pergi ke padang
kamu jalan d'atas rumput
sambil memandang rumput
di depan kau...
pilih yg PALING cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi
walau sekali
dah petik rumput yang
PALING cantik
bawa ke kelas"

apabila pelajar tersebut
pulang ke kelas
tiada sehelai pun rumput ditangannya

cikgu bertanya:
"kenapa tiada rumput yg dipilih?"

pelajar: "tadi masa saya berjalan
saya carialh rumput yg PALING cantik
mmg ada byk rumput yg cantik
tapi cikgu kata petik yg PALING cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yg PALING cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi
tapi..........
smapai d'penghujung padang
saya tak jumpa pun yg PALING cantik
mungkin ada d'antara yg d'belakang tadi
rumput yg PALING cantik
tapi dah cikgu cakap
tak boleh menoleh ke belakang semula
jadi tiadalah rumput yg saya boleh petik

cikgu: "ya, itulah jawapanya
maknanya.........
apabila kita telah berjumpa
dengan ornag yg kita sayang
janganlah kita mencari lagi yg lebih baik dari itu
kita patut hargai org yg berada
di depan kita sebaik2nya
jangan kita menoleh ke belakang lagi
kerana yg berlaku tetap dh berlaku
semoga yg berlalau tidak berulang lagi
dan ingatlah.....
ORANG YG PALING KITA SAYANG
ITULAH YG PALING CANTIK
DAN PALING BAIK
WALAUPUN NAK IKUTKAN..
BANYAK LAGI YG CANTIK DAN BAIK
SEPERTI RUMPUT TADI.....

renung2kanlah kisah ini..hargailah orang yg kita sayang...sebelum kita terlambat.. =)

Saturday, 12 November 2011

DoA PeNdeKaT JoDoH

kali ni CH nk kongsi doa pendekat jodoh dan doa pemanis...hehehe...bg sesiapa yg masih single boleh la cube dan amalkan....doa yg pemanis 2 mmg dah lama CH amalkan..stiap kali lpas solat baca 3 kali ngn selawat dan ada lg 1 ayat tp x ingat ayat 2 dari surah mana..mmg ada hasilnya..insyallah...yg pnting kita berusaha dgn jalan yg betul..xpayah nk mintak pertolongan selain dari Allah..yla..skrg ni, rmai yg suke bomoh sana, bomoh sni..cocok sna, cocok sni...minyak dagu laa, minyak senyonyong ke pe bende la..hei..buat dosa je..kan lebih baik kita minta pertolongan dr Allah..ssgguhnya Allah maha mendengar, maha berkuasa dan maha penyayang...



maksudnya: Ya Allah, jadikanlah dirinya 'nama orang' kekasihku didalam hati yang tenang dan berikan khabar gembira kepadanya 'nama orang' dan sampaikan 110 kebaikan kepadanya.. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjagaan. dan Dia juga maha Pengasih dan Penyayang.


( Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, " Wahai ayahku, seseungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku (surah yusuf ayat 4)

khasiat ayat ini:
selalu disayangi oleh sesiapa sahaja
wajah menjadi berseri-seri
manis di pandang orang

hehehe..selamat mencuba... =)

9 JeNiS aNAk SyAiTaN


Umar al- khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. menggoda supaya manusia berbelanje lebih dan membeli barang2 yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah

3. A'awan
Menghasut sultan, raja, pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras. 

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan, glamour dan lain2...

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja yang mula dari kata2 mulut


7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga ( suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuuntut cerai, anak2 d'dera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga)

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was2 dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat2 kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering menggangu anda? Adakah jenis Walahaan iaitu was2 utk menyebarkan maklumat? Renung2 kan dan selamat beramal.. =)

TiNg tONg!!!!

lame x update blog...tersangat la bz ngn exam...akhirnye pd 11.11.11 tamat la peperangan di medan peperiksaan yg hampir m'gorbankan nyawa..soalan yg sangat membunuh utk sem akhir2 ni...

Wednesday, 28 September 2011

KISAH CHENTHA BURUNG MERPATI DAN MAWAR PUTIH

Cerita ini mengisahkan seekor burung merpati dan mawar putih..

sang merpati

mawar putih

Sang Merpati mencintai bunga Mawar Putih. Tidak lama kemudian, ia menyatakan cintanya pada Mawar Putih. Katanya ” Mawar Putih, aku sangat mencintaimu, mahukah engkau menjadi pendamping hidupku?” Mawar Putih menjawab, ” Sayang beribu sayang, aku tidak berwarna Merah, jika saja aku berwarna merah, aku pasti akan mencintaimu.”
Lalu keesokan harinya mereka bertemu lagi. Sang Merpati berkata,” Mawar Putih, demi membuktikan kuatnya cintaku, aku akan berbuat sesuatu, agar engkau dapat berubah warna menjadi merah, sehingga engkau dapat mencintaiku.” 
Tiba-tiba, Sang Merpati memotong sayapnya sendiri. Darah yang tercurah dari lengan Merpati, mengubah warna Mawar menjadi merah. Mawar putih menjadi sangat senang kerana dirinya dah berubah menjadi merah. 



Namun tanpa disedari, ketika mawar ingin menyatakan cintanya, sang merpati telah tiada. Akhirnya mawar menyesal..tetapi..penyesalannya tidak berguna lagi kerana dia telah kehilangan seseorang yang berharga yang telah menyintainya dengan tulus ikhlas dan sanggup berkorban demi cinta walaupun nyawa dipertaruhkan.
Kisah ini menggambarkan betapa indahnya sebuah pengorbanan yang dilandasi oleh CHENTHA...... Kisah ini bukan hanya untuk menggambarkan kasih dan Chentha kepada kekasih, tetapi kisah ini juga boleh di umpamakan dengan pengorbanan ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya. Bayangkan, betapa besarnya pengorbanan ibu yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan kita. Renung2 kanlah... Hargailah mereka yang menyayangi kita......................

LUKISAN 3D

Kali ni...CH nk post lukisan 3d..suke tgk...rasa terpegun tgk hasil karya orang....kreatif sgt..kadang2 bile tgk mcm real je....cer korg sume tgk....














































Amacam???kagum x???mcm real je kan??hehehehe.... =P

Monday, 26 September 2011

SANGAT CUTE OK!!!!!!

Dah la CH sgt geram pada kembar...suke sgt klu tgk kembar..lagi2 s'iras...comel je...ok...layan la klip lagu dr budak kembar yg sangat cute ni....