Blogger Backgrounds

Pages

Saturday, 12 November 2011

9 JeNiS aNAk SyAiTaN


Umar al- khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. menggoda supaya manusia berbelanje lebih dan membeli barang2 yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah

3. A'awan
Menghasut sultan, raja, pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras. 

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan, glamour dan lain2...

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja yang mula dari kata2 mulut


7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga ( suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuuntut cerai, anak2 d'dera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga)

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was2 dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat2 kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering menggangu anda? Adakah jenis Walahaan iaitu was2 utk menyebarkan maklumat? Renung2 kan dan selamat beramal.. =)

0 comments:

Post a Comment